Pages

Saturday 27 August 2011

UCAPAN KHAS HARI RAYA AIDILFITRI

Assalamualaikum & salam sejahtera kepada semua pelanggan yang dihormati & disayangi. Di kesempatan ini Bidan nak ucapkan selamat menyambut Aidilfitri. Semoga lebih bermakna dengan kemenangan ini setelah menempuh bulan Ramadhan. Seandainya Bidan ada terkasar bahasa terlanjur perbuatan, harap ampunkan segala kesalahan dari hujung rambut hingga ke hujung kaki. Termakan terminum harap dihalalkan. Sekiranya ada antara perkhidmatan yang diberikan sebelum ini tidak berapa memuaskan Bidan minta maaf banyak2 kerana bukan disengajakan. Bidan hanya manusia biasa tak lepas dari melakukan kesilapan. Kepada pelangggan yang akan berhari raya di kampung, Bidan doakan selamat sampai ke destinasi. Akhir kata, "SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR & BATIN".