Pages

Saturday 28 September 2013

PENGUMUMAN

BIDAN TRADISIONAL MALAYSIA (CONFINEMENT CARE) KINI BERADA DI LUAR NEGARA IAITU DI DUBAI UNTUK TUGASAN MENJAGA CUSTOMER DALAM PANTANG. DISEBABKAN ITU JUGA SEGALA SMS ATAU CALL TAK DAPAT KAK DALIA JAWAB ATAU BALAS SMS KERANA DITAKUTI AKAN DICHARGE KE TELEFON PUAN2. UNTUK SEMENTARA KAK DALIA MATIKAN TELEFON BIMBIT. KAK DALIA AKAN BERADA DI MALAYSIA PADA 30HB OKTOBER 2013. SEGALA PERTANYAAN BOLEH MELALUI EMAIL ATAU BOLEH CALL ATAU SMS KAK DALIA SELEPAS 30HB NANTI. MAAF ATAS SEGALA KESULITAN.

Friday 17 May 2013

Kekuningan pada bayi @ JAUNDIS

Bayi akan mendapat kuning atau bahasa saintifiknya jaundis dua atau 3 hari selepas dilahirkan. Keadaan ini disebabkan iron yang berlebihan dalam badan atau terlebih darah merah. Sumber maklumat ini telah saya dapati dari doktor sendiri. Keadaan ini akan membahayakan bayi sekiranya lambat diatasi. Ia juga boleh menyebabkan kecacatan otak. Cara untuk mengatasinya adalah dengan menyusukan bayi sekerap mungkin. Elakkan bayi tidur terlalu lama pada waktu tengahari kerana jaundis aktif pada waktu2 tersebut. Menurut doktor yang selalu saya rujuk, lebih kerap bayi membuang air besar atau air kecil, lebih cepat masalah kekuningan ini akan hilang. Dengan menjemur bayi di bawah sinaran cahaya matahari pagi juga boleh menggalakkan penurunan kuning pada bayi.