Pages

Friday 24 June 2011

Berpantang sebelum bersalin

Apa khabar ibu2? Saya harap anda semua sihat sejahtera. Semoga anda ceria selalu. Kali ini saya ingin memaparkan tentang berpantang sebelum bersalin. Tentu ibu2 semua hairan & tertanya2. Setahu kita semua, berpantang dikaitkan dengan keadaan kita selepas melahirkan bayi. Ibu2 yang tidak tahu patut tahu kerana ia untuk kebaikan ibu2 sendiri. Dari rujukan saya, ada beberapa perkara yang ibu2 tidak patut lakukan semasa hamil. Antaranya,

Contoh:- 
1) ibu2 tidak elok keluar malam-takut akan mengalami sesak nafas semasa hendak melahirkan.
2) jangan lilit tuala pada badan   -  takut leher bayi dalam kandungan terbelit dengan tali pusat
3) jgn bunuh / seksa binatang     -  takut kelahiran anak tidak sempurna (si ayah jgn lakukn juga )
4) mulut & kelakuan pun kena jaga serta jangn jahat sangat takut anak akan mewarisi perangai.

Ibu2 ingatlah. Harus berwaspada dengan setiap perkara yang kita lakukan. Jangan hentam keromo. Takut akibatnya, tidak baik.

Wednesday 22 June 2011

Pengenalan

Sejak dari dahulu lagi, pada zaman nenek moyang kita, telah diserapkan tentang pantang larang semasa hamil & selepas melahirkan. Blog ini mengajak ibu2 terutama ibu2 muda mengenali dan memahami serta memanafaatkan kebaikan berpantang sebelum & selepas melahirkan. Ramai ibu2 muda sekarang tidak menghiraukan tentang pantang larang ini. Akibatnya, ada kejadian2 yang tidak diingini. Contohnya, tumpah darah, peranakan terkeluar, menggigil dan sebagainya. Namun tidak semua ibu akan mengalami kejadian seperti contoh tadi sekiranya tidak ikut pantang. Ada ibu yang mandi air sejuk, badannya masih tahan. Ada pula tidak pantang makan, badannya sihat saja. Ada yang 2 minggu selepas melahirkan sudah berasa segar, lalu keluar berjalan2. Tapi lihatlah selepas beberapa tahun atau beberapa bulan kemudian. Ada juga kemungkinan kesan tidak baik akan berlaku beberapa hari nak habis pantang, mungkin boleh tumpah darah.Ada yang mengalami faraj berair sentiasa. Ada juga merasakan kemaluan tersengkang. Ada juga suami komplen tak seindah malam pertama. Kita perlu sihat untuk suami & anak2. Perlu sihat untuk diri sendiri juga. Jadi ibu2, apa tindakan kita selanjutnya. Pepatah mengatakan cegah sebelum parah. Tepuk dada tanyalah diri.