Pages

Friday 17 May 2013

Kekuningan pada bayi @ JAUNDIS

Bayi akan mendapat kuning atau bahasa saintifiknya jaundis dua atau 3 hari selepas dilahirkan. Keadaan ini disebabkan iron yang berlebihan dalam badan atau terlebih darah merah. Sumber maklumat ini telah saya dapati dari doktor sendiri. Keadaan ini akan membahayakan bayi sekiranya lambat diatasi. Ia juga boleh menyebabkan kecacatan otak. Cara untuk mengatasinya adalah dengan menyusukan bayi sekerap mungkin. Elakkan bayi tidur terlalu lama pada waktu tengahari kerana jaundis aktif pada waktu2 tersebut. Menurut doktor yang selalu saya rujuk, lebih kerap bayi membuang air besar atau air kecil, lebih cepat masalah kekuningan ini akan hilang. Dengan menjemur bayi di bawah sinaran cahaya matahari pagi juga boleh menggalakkan penurunan kuning pada bayi.