Pages

Saturday 27 August 2011

UCAPAN KHAS HARI RAYA AIDILFITRI

Assalamualaikum & salam sejahtera kepada semua pelanggan yang dihormati & disayangi. Di kesempatan ini Bidan nak ucapkan selamat menyambut Aidilfitri. Semoga lebih bermakna dengan kemenangan ini setelah menempuh bulan Ramadhan. Seandainya Bidan ada terkasar bahasa terlanjur perbuatan, harap ampunkan segala kesalahan dari hujung rambut hingga ke hujung kaki. Termakan terminum harap dihalalkan. Sekiranya ada antara perkhidmatan yang diberikan sebelum ini tidak berapa memuaskan Bidan minta maaf banyak2 kerana bukan disengajakan. Bidan hanya manusia biasa tak lepas dari melakukan kesilapan. Kepada pelangggan yang akan berhari raya di kampung, Bidan doakan selamat sampai ke destinasi. Akhir kata, "SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR & BATIN".

Monday 18 July 2011

Pakej Rawatan Selepas Bersalin

PAKEJ A - Rawatan & jagaan selepas bersalin (stay in / bermalam)

Pakej 7 hari, 2 minggu, 1 bulan & 44 hari

  • Berurut untuk tempoh bilangan hari yang ditetapkan
  • Bertungku setiap hari pagi & petang
  • Bertangas 1x setiap hari
  • Mandi rempah setiap hari pagi & petang
  • Pakaikan param, pilis, tapel & bengkung setiap hari pagi & petang
  • Mandikan & urut bayi setiap hari pagi & petang
  • Masak makanan berpantang
  • On standby 24 jam


PAKEJ B - Rawatan selepas bersalin (pergi & balik)

Pakej 3 hari hingga 2 minggu
  • Berurut
  • Bertungku
  • Bertangas
  • Mandi rempah
  • Pakaikan param, pilis, tapel & bengkung
  • Mandikan  & urut bayi 


PAKEJ C - Urut sahaja

Pakej 3 hari, 5 hari & 7 hari


Segala barang kelengkapan akan disediakan kecuali bengkung & set bersalin. Boleh dapatkan dari saya jika berminat. Barang kelengkapan bayi juga boleh dapatkan dari saya. Hubungi Dalia di talian 012-2506149 untuk tempahan, temujanji atau pertanyaan.

Kebaikan berparam , bertapel, berpilis & berbengkong

"Tak naklah pakai param, takut gatal". "Tak naklah bertapel, panas". "Panaslah pakai bengkong. Nak bergerak pun susah". " Perlu ke sapu pilis kat dahi. Tak yah sapulah, nanti kering habuk jatuh2, lecehlah". Kata2 yang selalu kita dengar dari ibu2 yang tak tahu langsung kebaikannya. Benda2 tersebut banyak khasiatnya. Kalau tak ada khasiat, takkanlah ianya dijual. Ibu2 perlu tahu kebaikan berparam. Ianya untuk bahagian perut kita. Ia disapukan bila nak berbengkong. Param dapat memanaskan perut & boleh juga membakar lebihan lemak juga boleh mengecutkan perut & rahim. Kalau param tak ada, ibu2 boleh gunakan kapur sireh + limau nipis sebagai ganti param. Kapur sireh + limau nipis dapat putihkan perut juga. Bertapel pula untuk seluruh badan. Sapukan tapel dari kaki ke peha, betis & belakang peha. Sapukan juga pada tangan, lengan hingga bahu. Kemudian sapukan pada belakang badan. Ia membuatkan badan kita sentiasa dalam keadaan panas. Confirm tak mudah masuk angin. Bila badan panas, peluh pun akan keluar. Bila peluh keluar, kita sihatlah. Pilis pulak untuk disapukan pada dahi. Kegunaannya untuk menerangkan mata & mengelak ibu2 dari sakit kepala. Kalau dah sakit kepala, angin dah masuk la tu. Berbengkong boleh mengempiskan perut. Tak nak perut buncit, pakailah bengkong. Cari bengkong yang panjangnya sampai ke peha. Peha & punggung pun boleh mengecil. Tak nak ke badan kelihatan cantik? Rugi kalau siapa yang tak buat. Jadi........ fikir2kanlah sendiri. Semua yang dinyatakan tadi kedengarannya amat melecehkan. Tapi khasiat & kebaikannya berpanjangan. Jagalah badan kita, sayangilah badan kita ye. Confirm suami tak cari lain.

Bertungku semasa dalam pantang

Ibu2 perlu tahu akan kebaikan bertungku. Bertungku dapat mempercepatkan proses pengecutan rahim & boleh juga membuang lemak di perut. Bertungku juga boleh membuang angin dalam badan disamping berurut & makan jamu. Saki baki darah nifas yang terselit dapat keluar habis dengan bertungku. Tungkulah juga bahagian yang berlemak supaya dapat kembali bentuk badan asal di samping kita berbengkong. Bertungku juga dapat menaikkan peranakan. Janganlah abaikan bertungku kerana kesannya berpanjangan. Bertungku hingga hari ke 44 dan kesannya, walau anak ramai perut still maintain. Ramai ibu2 muda sekarang tidak mengendahkan perkara ini. Jangan malas bertungku. Kalau perut membuncit suami complaint. Jangan salahkan suami kalau puji orang lain. Kalau ada bidan urut, minta mereka tungkukan satu badan. Badan pasti selesa & tak mudah masuk angin. Bagi ibu2 yang melahirkan anak secara pembedahan, anda juga boleh bertungku. Ia boleh dilakukan selepas jahitan kering. Dinasihatkan agar jangan menggunakan tungku yang berat kerana boleh memudaratkan jika jahitan dalam perut belum pulih sepenuhnya. Kalau was2, tunggu minggu ke 2 atau ke 3 untuk bertungku. Pastikan jaga pemakanan kalau nak jahitan luar dan dalam cepat baik. barulah boleh bertungku.

Berpantang selepas bersalin

Berpantang selepas bersalin selalunya 44 hari pantang makan dan hari ke 45 hingga hari ke 100 berpantang bersama suami. Ibu2 yang baru melahirkan patut tahu dan wajib ambil berat mengenai pantang selepas bersalin. Kalau tak endahkan perkara ni, ibu2 akan memudaratkan diri sendiri & juga bayi. Ibu2 tidak boleh makan sebarangan. Jangan makan yang sejuk2, jangan makan makanan yang boleh mengakibatkan angin dalam perut dan jangan makan makanan yang bisa2. Makanan yang sejuk2 ni selalu dikaitkan dengan sayuran. Dalam pantang sayuran yang boleh dimakan hanya sawi hijau yang pendek & lobak putih. Makanan yang boleh menyebabkan angin pula kentang, keledek, benda2 bergandum, kekacang dan sebagainya. Roti dari gandum juga. Ianya boleh dimakan tapi janganlah dijadikan sebagai menu utama semasa pantang. Wajib ambil nasi sebagai menu utama. Buah-buahan pula hanya epal fuji merah yang lembut (jangan masuk peti ais). Makan buah supaya senang buang air besar. Tapi jangan terlampau kerap makan buah. Untuk pengetahuan semua, bila kita makan makanan yang boleh mendatangkan angin, badan kita akan mula rasa tidak selesa terutama pada urat2 dalam badan. Kadang2 perut rasa tidak selesa juga. Kalau anak menyusu badan, anak juga boleh diancam dengan masalah angin. So,kena hati2 kerana apa saja yang ibu2 makan akan effect pada bayi juga.

Friday 24 June 2011

Berpantang sebelum bersalin

Apa khabar ibu2? Saya harap anda semua sihat sejahtera. Semoga anda ceria selalu. Kali ini saya ingin memaparkan tentang berpantang sebelum bersalin. Tentu ibu2 semua hairan & tertanya2. Setahu kita semua, berpantang dikaitkan dengan keadaan kita selepas melahirkan bayi. Ibu2 yang tidak tahu patut tahu kerana ia untuk kebaikan ibu2 sendiri. Dari rujukan saya, ada beberapa perkara yang ibu2 tidak patut lakukan semasa hamil. Antaranya,

Contoh:- 
1) ibu2 tidak elok keluar malam-takut akan mengalami sesak nafas semasa hendak melahirkan.
2) jangan lilit tuala pada badan   -  takut leher bayi dalam kandungan terbelit dengan tali pusat
3) jgn bunuh / seksa binatang     -  takut kelahiran anak tidak sempurna (si ayah jgn lakukn juga )
4) mulut & kelakuan pun kena jaga serta jangn jahat sangat takut anak akan mewarisi perangai.

Ibu2 ingatlah. Harus berwaspada dengan setiap perkara yang kita lakukan. Jangan hentam keromo. Takut akibatnya, tidak baik.

Wednesday 22 June 2011

Pengenalan

Sejak dari dahulu lagi, pada zaman nenek moyang kita, telah diserapkan tentang pantang larang semasa hamil & selepas melahirkan. Blog ini mengajak ibu2 terutama ibu2 muda mengenali dan memahami serta memanafaatkan kebaikan berpantang sebelum & selepas melahirkan. Ramai ibu2 muda sekarang tidak menghiraukan tentang pantang larang ini. Akibatnya, ada kejadian2 yang tidak diingini. Contohnya, tumpah darah, peranakan terkeluar, menggigil dan sebagainya. Namun tidak semua ibu akan mengalami kejadian seperti contoh tadi sekiranya tidak ikut pantang. Ada ibu yang mandi air sejuk, badannya masih tahan. Ada pula tidak pantang makan, badannya sihat saja. Ada yang 2 minggu selepas melahirkan sudah berasa segar, lalu keluar berjalan2. Tapi lihatlah selepas beberapa tahun atau beberapa bulan kemudian. Ada juga kemungkinan kesan tidak baik akan berlaku beberapa hari nak habis pantang, mungkin boleh tumpah darah.Ada yang mengalami faraj berair sentiasa. Ada juga merasakan kemaluan tersengkang. Ada juga suami komplen tak seindah malam pertama. Kita perlu sihat untuk suami & anak2. Perlu sihat untuk diri sendiri juga. Jadi ibu2, apa tindakan kita selanjutnya. Pepatah mengatakan cegah sebelum parah. Tepuk dada tanyalah diri.