Pages

Monday 18 July 2011

Bertungku semasa dalam pantang

Ibu2 perlu tahu akan kebaikan bertungku. Bertungku dapat mempercepatkan proses pengecutan rahim & boleh juga membuang lemak di perut. Bertungku juga boleh membuang angin dalam badan disamping berurut & makan jamu. Saki baki darah nifas yang terselit dapat keluar habis dengan bertungku. Tungkulah juga bahagian yang berlemak supaya dapat kembali bentuk badan asal di samping kita berbengkong. Bertungku juga dapat menaikkan peranakan. Janganlah abaikan bertungku kerana kesannya berpanjangan. Bertungku hingga hari ke 44 dan kesannya, walau anak ramai perut still maintain. Ramai ibu2 muda sekarang tidak mengendahkan perkara ini. Jangan malas bertungku. Kalau perut membuncit suami complaint. Jangan salahkan suami kalau puji orang lain. Kalau ada bidan urut, minta mereka tungkukan satu badan. Badan pasti selesa & tak mudah masuk angin. Bagi ibu2 yang melahirkan anak secara pembedahan, anda juga boleh bertungku. Ia boleh dilakukan selepas jahitan kering. Dinasihatkan agar jangan menggunakan tungku yang berat kerana boleh memudaratkan jika jahitan dalam perut belum pulih sepenuhnya. Kalau was2, tunggu minggu ke 2 atau ke 3 untuk bertungku. Pastikan jaga pemakanan kalau nak jahitan luar dan dalam cepat baik. barulah boleh bertungku.

1 comment: