Pages

Monday 18 July 2011

Berpantang selepas bersalin

Berpantang selepas bersalin selalunya 44 hari pantang makan dan hari ke 45 hingga hari ke 100 berpantang bersama suami. Ibu2 yang baru melahirkan patut tahu dan wajib ambil berat mengenai pantang selepas bersalin. Kalau tak endahkan perkara ni, ibu2 akan memudaratkan diri sendiri & juga bayi. Ibu2 tidak boleh makan sebarangan. Jangan makan yang sejuk2, jangan makan makanan yang boleh mengakibatkan angin dalam perut dan jangan makan makanan yang bisa2. Makanan yang sejuk2 ni selalu dikaitkan dengan sayuran. Dalam pantang sayuran yang boleh dimakan hanya sawi hijau yang pendek & lobak putih. Makanan yang boleh menyebabkan angin pula kentang, keledek, benda2 bergandum, kekacang dan sebagainya. Roti dari gandum juga. Ianya boleh dimakan tapi janganlah dijadikan sebagai menu utama semasa pantang. Wajib ambil nasi sebagai menu utama. Buah-buahan pula hanya epal fuji merah yang lembut (jangan masuk peti ais). Makan buah supaya senang buang air besar. Tapi jangan terlampau kerap makan buah. Untuk pengetahuan semua, bila kita makan makanan yang boleh mendatangkan angin, badan kita akan mula rasa tidak selesa terutama pada urat2 dalam badan. Kadang2 perut rasa tidak selesa juga. Kalau anak menyusu badan, anak juga boleh diancam dengan masalah angin. So,kena hati2 kerana apa saja yang ibu2 makan akan effect pada bayi juga.

No comments:

Post a Comment