Pages

Friday 24 June 2011

Berpantang sebelum bersalin

Apa khabar ibu2? Saya harap anda semua sihat sejahtera. Semoga anda ceria selalu. Kali ini saya ingin memaparkan tentang berpantang sebelum bersalin. Tentu ibu2 semua hairan & tertanya2. Setahu kita semua, berpantang dikaitkan dengan keadaan kita selepas melahirkan bayi. Ibu2 yang tidak tahu patut tahu kerana ia untuk kebaikan ibu2 sendiri. Dari rujukan saya, ada beberapa perkara yang ibu2 tidak patut lakukan semasa hamil. Antaranya,

Contoh:- 
1) ibu2 tidak elok keluar malam-takut akan mengalami sesak nafas semasa hendak melahirkan.
2) jangan lilit tuala pada badan   -  takut leher bayi dalam kandungan terbelit dengan tali pusat
3) jgn bunuh / seksa binatang     -  takut kelahiran anak tidak sempurna (si ayah jgn lakukn juga )
4) mulut & kelakuan pun kena jaga serta jangn jahat sangat takut anak akan mewarisi perangai.

Ibu2 ingatlah. Harus berwaspada dengan setiap perkara yang kita lakukan. Jangan hentam keromo. Takut akibatnya, tidak baik.

No comments:

Post a Comment